Thursday, 3 October 2019

Yuran Belajar Forex Mahal?


     Ada diantara pelajar2 saya habis puluhan ribu ringgit untuk belajar forex. Malangnya ilmu yang di sampaikan tidak setara dengan yuran yang dikenakan. Kos belajar sahaja lebih tinggi dari keuntungan yang diperolehi.

     Kenapa ini berlaku? Kerana ramai meletakan kualiti ilmu tersebut pada yuran yang dikenakan. Ramai juga yang terpengaruh dengan Screenshot profit dan harta benda mewah yang ditayangkan.

    Hakikatnya forex tetap forex. Ia seperti ABC. Lepas A, B, kemudian C dan seterusnya. Belajarlah dimanapun asasnya tetap sama. Cuma setiap orang mempunyai formula kejayaan forex mereka sendiri. Maka lahirlah berbagai2 teknik forex terutama teknik yang meggunakan indicator.

     Didalam USB Belajar Forex A To Z saya ada mengajar teknik yang saya gunakan sendiri iaitu Teknik SuRe FaST, Teknik 1020+ dan Teknik Sniper 2050. Teknik2 ini mempunyai ciri2, risiko dan formula yang berbeza.

“Yang Bagus Tak Semestinya Mahal, Yang Murah Tak Semestinya Tak Bagus. Yang Bagus Tetap Bagus Tak Kira Mahal Atau Murah”

     Teknik Sniper 2050 adalah teknik kegemaran saya untuk trading harian. Manakala Teknik SuRe FaST untuk Intraday. Sementara teknik 1020 plus saya tujukan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan forex dengan menggunakan indicator. Rulenya sangat mudah dan boleh digunakan serta merta.

     Berbalik kepada yuran atau kos belajar forex. Pada pendapat saya untuk ebook, EA dan Indicator, harga dibawah RM100 adalah berpatutan. Untuk video dan seminar harga dibawah RM200 adalah relevan.

     Manakala, personal/direct coaching harian/bulanan bergantung kepada pengajar dan tidak patut jika lebih RM5000 memandangkan yang nak belajar ni bukan kaya-kaya. Kesian kat orang weh..

Mengapa Direct Coaching sangat mahal?

     Kerana pengajar perlu meluangkan masa lebih banyak mengajar anda. Cuba fikirkan, pengajar mampu menjana puluhan ribu ringgit sebulan tanpa mengajar forex, sekarang mereka perlu meluangkan masa untuk anda satu ke dua jam sehari atau mungkin sepanjang hari sehingga anda berjaya.

     Saya sendiri tidak membuat Direct Coaching. Mengapa? Kerana saya tidak mahu salah satu sebab saya trade forex terkorban iaitu Mencari Kebebasan Masa.

     Bukan saya tak pernah buat, tetapi bagi saya ia agak menyesakkan. Saya perlu memberi perhatian lebih banyak kepada pelajar2 saya berbanding keluarga saya sendiri sehingga boleh menyebabkan pergaduhan kerana 24 jam berWhatsApp. Keluarga adalah keutamaan saya, ia tidak boleh dinilai dengan duit ringgit.

     Oleh sebab itu, saya menbuat keputusan untuk mengajar melalui video sahaja. Maka munculah USB Belajar Forex A to Z. Segalanya telah saya turunkan di dalam video tersebut. Saya berharap ia akan membantu anda juga… 🙂
Share:

0 comments:

Post a Comment