Hampir 10 tahun saya dalam forex, pernah lebih kurang setahun saya berhenti trade kerana isu ini. Saya berhenti trade bagi mengkaji dan membuat penilaian samada perlu diteruskan atau tidak dalam forex. Saya dibesarkan didalam keluarga yang mementingkan pendidikan agama. Pada awal pembabitan saya didalam forex dahulu, saya ada kongsikan dengan adik beradik saya tentang hasrat saya untuk berkecimpung dalam forex. Ketika itu saya hanya cuba-cuba dan trade menggunakan akaun demo. Di luar jangkaan, ia menjadi perdebatan hebat terutama tentang halal-haram dan manipulasi oleh broker.
Seorang abang saya berpendapat forex adalah scam di mana broker memanipulasi pergerakan harga bagi memastikan kita kerugian. Seorang lagi berpendapat ia adalah haram berdasarkan pembacaan yang ditemui ketika itu. Seorang dari mereka mengakui pernah terlibat dalam forex dan mengalami kerugian. Apa yang pasti, beliau bukanlah trader, tetapi investor di mana beliau memberikan sejumlah wang kepada ‘seseorang’ dengan dijanjikan keuntungan setiap bulan. Ketika itu pengetahuan saya tentang forex adalah minima, saya tidak terfikir yang abang saya sebenarnya telah di scam.
Hasil dari perdebatan itu, saya tidak meneruskan hasrat saya untuk terlibat dalam forex. Jujurnya saya agak kecewa. Langkah seterusnya adalah saya buat apa yang ramai trader buat sekarang iaitu mencari jalan untuk menghalalkan forex. Mulalah pencarian, penelaahan, dan peng’google’lan untuk mencari ahli-ahli agama yang berada di pihak mereka iaitu yang menghalalkan forex.
Hasilnya, memang ada. Rujukan utama ketika itu adalah Ustaz Z dan Ustaz D selain majlis-majlis fatwa negeri, dan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Kedua-dua mereka tidak mengatakan forex adalah haram, tetapi harus. Selepas majlis fatwa mengeluarkan fatwa forex adalah haram pada 2012 barulah Ustaz Z mengubah hukum forex kepada Haram. Hari ni, forex-forex trader ramai bergantung kepada pendapat ustaz D untuk menentang mereka-mereka yang mengatakan forex haram. Ironinya, tiba-tiba pendapat Ustaz Z ditentang habis-habisan.
Pada pendapat saya, sebagai rakyat Malaysia beragama Islam, kita perlu akur keputusan majlis fatwa kebangsaan iaitu forex adalah haram. Tidak perlu lagi dipersoal tentang itu kerana majlis fatwa bukan membuat keputusan sesuka hati atau ikut kepala. Ia telah dikaji oleh pakar2 dari pelbagai bidang termasuk ustaz Z sendiri.
Walaubagaimanapun, jelas di sini terdapat perbezaan pendapat di kalangan agamawan dan ilmuan di dalam mahupun di luar negara tentang hukum forex. Ini memberi maksud jelas bahawa forex adalah perkara yang samar-samar hukumnya.
Ada perkara-perkara yang haram itu jelas haramnya, dan yang halal itu jelas halalnya. Diantara halal dan haram ada perkara-perkara yang samar-samar. Perkara yang samar-samar ini lebih elok di jauhkan demi menjaga agama dan iman. Jadi..
“Tepuk Dada, Tanya Iman”
Jika kita ingin meneruskan trading dalam forex, seeloknya kita diam-diam sahaja. Tidak perlu dihebohkan atau berbangga dengan apa yang kita buat. Saya sendiri, selain isteri dan rakan-rakan pe’morex’kan, dan beberapa kenalan, tidak ada seorangpun ahli keluarga saya tahu saya menjana pendapatan melalui forex. Sebagai back-up, saya menjalankan perniaagaan online bagi menutup kecurigaan orang sekeliling tentang sumber pendapatan saya.
Atas keyakinan saya dengan rezeki yang saya dapat melalui forex, saya juga gunakan untuk tujuan-tujuan amal. Cuba anda bayangkan, sekiranya orang tahu sumber pendapatan anda adalah forex, dan anda dermakan sejumlah wang di masjid atau badan-badan kebajikan tertentu, saya yakin derma anda akan diketepikan.
Saya berpegang kepada pendapat..
Didalam rezeki kita, ada bahagian orang lain
Ada perkara yang haram untuk kita, tetapi halal untuk orang lain
Andaipun, rezeki kita haram, ia haram untuk kita. Tetapi jika kita dermakan, ia halal untuk mereka yang menerima asalkan mereka tidak tahu ia dari sumber yang haram. Dosa.. yes! Saya berdosa, tapi saya bahagia bila buat orang lain gembira.. Semoga Allah mengampuni saya..
Maka itu, saya lebih gemar menjadi Silent Trader sahaja dan tidak dikenali oleh sesiapa. Sebab itu juga, tiada wajah mahupun harta saya di tayangkan di facebook, website mahupun di mana sahaja. Bahkan no telefon saya juga tidak didedahkan.
Akhir kata, saranan saya kepada mereka-mereka yang nak trade forex, diam-diam dan jadilah Silent Trader sahaja. Keluarga tidak perlu tahu kerana mereka mungkin akan menentang apa yang anda lakukan anda. Kalaupun anda mahu mereka tahu, buktikan dahulu dengan kejayaan anda. Semoga kita sentiasa dibimbing kearah jalan yang benar.
tahniah anda membuat keputusan yg tepat
ReplyDeleteSaya dah trade saham, sy juga menyeru semua untuk berubah ke saham..
DeleteSama ja saham pn ada naik turun haram gk melainkan forex ja sbb tukaq matawang...trade saham pn haram sbb kita bli harga murah paatu mengharapann saham naik bru kita nk jual...klau turun duit kita rugi
DeleteMinta maaf En Ikhwan. Gali lagi ilmu. Kurang tepat. Beli saham bermaksud kita memiliki saham dan boleh disimpan. Kita juga disenaraikan sebagai pemilik saham. Haram saham jika trade dengan mengharap kenaikan harga dan jual seperti berjudi. Tanpa ilmu dan pengetahuan saham yang betul. Dapatkan ebook saya, didalamnya saya jelaskan kenapa forex haram dan bagaimana mencegah dari terlibat dengan perkara2 yang mengharamkan forex dimana ia berbeza dengan saham
DeleteMcmne tuan kata forex tu samar2.. Sudah jelas keharaman forex..
ReplyDeleteTerima kasih atas komen. Fatwa haram 2012 tuan. 2010 ada ustaz kata harus. Bila ada kata harus ada kata haram maksudnya apa? Samar2 la. Selepas 2012 forex adalah haram..
Deleteini apa punya pendirian da....dah tahu haram kenapa nak teruskan juga...mana boleh diam2. allah tetap tahu jg...
ReplyDeleteTerima kasih atas komen, maaf lambat reply. Tak tau ada org komen.. haha.. Saya tidak trade lagi tuan, saya dah trade saham dan hartanah. Diam2 yang saya maksudkan adalah kalau nak teruskan juga diam2 je. Benda haram kita buat kenapa nak bangga? Memang Allah tahu, tapi perlu ke orang lain tahu? hari ni ramai tak segan silu trade forex.. Sy sendiri malu. kenapa saya teruskan dulu dan kenapa sy ajar orang ada dalam post dan bio sy
DeleteSejak bole benda samar2 jadi harus. Ni dh mainkan agama. Sedangkan hadis nabi menyuruh kita menjauhkan benda2 samar2 iaitu syubhah. Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
ReplyDelete*bole = bile. Typo
DeleteTerima kasih atas komen, maaf lambat reply. Tak tau ada org komen.. haha..
DeleteHadamkan apa saya tulis tuan. Forex haram 2012, saya cerita 2010. Terima kasih atas ingatan tuan, saya juga berpegang pada hadis di atas cuma tidak tulis full kerana bimbang mainkan agama.. mungkin penafsiran kita berbeza. Pegang dengan apa yang tuan yakin, saya dengan apa yang saya yakin. Terima kasih atas nasihat
demm gila betol lah aq pon xpaham ape yg dia cakap, dah tau haram pon still main. xserius dalam hukum hakam ke ape ?? Tapi betul je forex ni bleh jadi backup income , sumber je lah haram, beli pulak makanan ntuk anak bini. xtau lah , aq kaki bursa malaysia ja . rasa tenang xyah pikiaq duk langgar mufti ckp . Aq sedar aq xpower agama, at least bab hukum jaga lah seadanya , menghormati agamawan yg ada. Sekian
ReplyDeleteTerima kasih atas komen, maaf lambat reply. Tak tau ada org komen.. haha..
DeleteKenapa saya trade itu saya ada alasannya dan hadis yang saya pegang. Cuma saya tak mahu orang lain jadikan alasan saya sebagai peganggan. Saya juga trade saham tuan dah tidak trade forex sebagai pendapatan utama. Saya berbangga dengan tuan dan saya harap ramai yang akan bertukar ke saham.. kerana itu juga jalan saya.. "Kalau tuan nak ajak gangster jadi tabligh, kadang2 kena jadi gangster untuk faham gangster sebelum bawa mereka jadi tabgligh"
Dari trade porex morex ni baik trade saham. Dh tau dh ada akaun yg patuh syariah ataupun x. Sah2 hukum memeprdagangkan matawang adalah haram sebab wang adalah perantara, bukan komoditi. Sudah tau haram lgi senyap2. Gudjobbb
ReplyDeletebetul tuan, baik saham. senyap2 yang saya maksudkan adalah bila anda melakuakn sesuatu yang dilarang agama, senyap2 sudah. kenapa nak bangga. Bila berzina, berjudi, mencuri dan lain2, tak perlulah heboh. Kita perlu jaga aib kita dan aib orang lain.
DeleteKalau trade oil. Gold. Silver di platform mt4 adakah haram?
ReplyDeleteDi MT4 Gold, Silver dan oil disandarkan pada matawang. Ia lebih kepada CFD. Anda beli GOLD tapi tak memiliki GOLD. So, qabd adalah tidak jelas. Pada pendapat saya adalah haram.
Delete