Thursday, 3 October 2019

Forex Adalah Judi?


     Forex sangat dekat dengan unsur perjudian. Ia berlaku apabila seorang trader melakukan trading dengan meletakan harapan atau nasib sebagai sandaran. Dalam erti kata lain trader tersebut mempertaruhkan wangnya dan mengharapkan keuntungan tanpa sebarang analisis yang jelas dan konkrit.

     Ramai yang datang kepada saya dan meminta saya mengajar mereka ‘bermain’ forex. Perkataan main tu sahaja sudah cukup mematikan semangat saya untuk mengajar orang trade forex. ‘Main Forex’ dan ‘Trading Forex’ adalah dua perbuatan yang berbeza. Namun itulah yang perlu saya betulkan. Bila awal-awal lagi sudah set dalam fikiran forex adalah sejenis permainan, ia tidak selari dengan maksud forex yang sebenar dan boleh menjurus kepada perjudian.

    Ingat, forex adalah sejenis pelaburan melalui perdagangan atau pertukaran mata wang. Bukan Game Casino Online. Hari ni ramai yang mempertaruhkan duit mereka dalam forex. Setiap entry sepatutnya bukan pertaruhan, tetapi pelaburan. Selagi mereka bertaruh, selagi itu mereka berjudi.

     Forex perlukan analisis yang jitu dan jelas. Setiap entry mesti ada alasan kukuh kenapa anda entry. Alasan bukan sekadar anda lihat harga sedang naik, anda pun entry buy. Itu masih belum cukup. Walaupun ia boleh dikira sebagai analisis, namun ia masih bergatung kepada nasib. Anda perlu tahu dimana nak ambil profit dan bagaimana nak kurangkan kerugian jika harga menentang anda. Bukan, lihat profit atau loss sahaja terus close. Dalam erti kata lain, ia tidak mempunyai trading plan yang baik. Sebab itu saya tekankan, kepada sesiapa yang nak belajar forex carilah ilmu forex yang sebenar. Silap guru harulah jadinya.

     Sejujurnya, saya bimbang jika lagi ramai saya ajar, lagi ramai ‘Penjudi’ yang saya bawa, tak pasal2 je dapat multi-level dosa free. Sebab itu juga, saya sangat tekankan tentang perbezaan trading dan gambling dan ia bermula dari istilah ‘main’ atau ‘trade’. Dan kerana itu juga saya lebih gemar menjadi Silent Trader sahaja tanpa mengajar sesiapa tentang forex selama bertahun-tahun. Hanya selepas scammer2 forex tumbuh bagai cendawan selepas hujan barulah saya mengambil inisiatif untuk memberi pengenalan dan pencerahan apa forex sebenarnya.

     Saya berharap, anda bukanlah salah seorang yang masih tesesat dengan perjudian forex. Periksa balik cara trading anda, apakah entry anda masih bergantung kepada nasib? Jika ya, ubahlah, belajarlah semula. Kita mencari rezeki halal dalam arena yang samar-samar hukumnya, cubalah kearah yang halal sebaik mungkin.
Share:

0 comments:

Post a Comment