Rakan Saya Buat 50% Setiap Bulan Tanpa Perlu Susah2 Trade Forex!
Benar anda, tanpa belajar forex pun dia boleh buat 50% sebulan. Anda nak buat macam dia? Sila join skim cepat kaya forex. Mula2 kaya, memang cepat! Tapi, tempoh kaya pun cepat sebelum ‘kayap’ bertahun-tahun.
Saya telah menasihatinya banyak kali mengenai skim tersebut, tapi tawaran 50% sebulan mengalahkan nasihat tulus ikhlas suci murni saya. Dia juga memperlekeh ilmu forex yang saya ajarkan secara PERCUMA kepadanya. Katanya cara saya lambat. Cara dia tak perlu belajar, hanya beri duit untuk dilaburkan, goyang kaki dan tunggu duit setiap bulan. Apa yang berlaku seterusnya ialah memang benar dia dapat 50% sebulan untuk bulan pertama, begitu juga beberapa bulan berikutnya.
Tapi manusia memang tidak akan puas, dengan keyakinan yang tinggi rakan saya buat loan RM30K untuk melabur di dalam skim tersebut. Bahkan dia berjaya membawa beberapa orang mengikut jejaknya. Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bulan-bulan berikutnya menyaksikan bayaran 50% kepadanya ditangguhkan dengan pelbagai alasan dari syarikat tersebut. Hakikatnya, mereka hanya memancing pelabur dengan bayaran cantik untuk pelaburan yang kecil. Mereka tahu yang pelabur akan menambah pelaburan dengan jumlah yang lebih besar.
Mereka juga tidak melakukan pelaburan forex. Mereka hanya menggunakan forex sebagai ‘modal’ untuk menarik pelabur kerana ia adalah logik jika forex mampu menghasilkan 50% sebulan. Duit-duit pelabur di rolling untuk membayar 50% profit kepada pelabur sendiri.
Beberapa bulan kemudian syarikat tersebut diserbu PDRM dan diarah tutup kerana menjalankan skim ponzi. Serbuan tersebut juga mendapat liputan media serta terpapar di akhbar.
Jujurnya saya agak terkilan kerana ramai yang terkena dengan skim2 seperti itu. Apatah lagi yang terkena itu rakan sendiri yang sehingga kini masih membayar hutang kerana pelaburan tersebut. Asalnya nak melabur, akhirnya ‘lebur’.
Atas sebab itu juga, saya mengambil inisiatif untuk mengajar forex secara lebih umum merangkumi seluruh Malaysia. Tidak lagi untuk rakan-rakan mahupun orang-orang tertentu sahaja. Saya sangat berharap dapat menyampaikan ilmu ini kepada seramai mungkin agar lebih celik dalam menilai apakah forex sebenarnya. Jangan lagi terkena dengan skim-skim pelaburan forex.
“Tidak akan akan rugi orang yang invest untuk ilmu, yang rugi adalah orang yang invest tanpa ilmu.”
0 comments:
Post a Comment