Thursday, 3 October 2019

Apa Itu EA Forex?


Tahukah anda apa itu EA?

     EA atau Expert Advisor atau lebih dikenali sebagai robot adalah sistem trading forex secara automatik. Ia bermaksud anda hanya perlu Install di MT4 dan setup EA tersebut. EA akan membuat analisis teknikal dan membuat trading BUY atau SELL secara automatik. Dalam erti kata lain anda hanya pasang dan goyang kaki.

     Hari ini, ramai yang trade forex terus menggunakan EA. Dalam hal ini, Introducing Broker (IB) banyak memainkan peranan bagi menarik trader-trader baru berkecimpung dalam dunia forex. IB adalah ejen kepada sesuatu broker. Tugas mereka adalah membawa seramai mungkin trader-trader baru untuk membuka akaun dengan broker yang mereka wakili. Untuk tujuan itu, mereka menawarkan EA secara PERCUMA. Mereka juga menunjukkan hasil dan profit yang dihasilkan oleh EA tersebut.

     Selain IB, ada juga trader-trader yang sudah lama dalam forex yang mencipta EA mereka sendiri. EA boleh diprogram mengikut kehendak trader tersebut. Biasanya EA melibatkan Indicator.

     Malangnya, Lebih ramai yang LOSS atau MC berbanding yang berjaya menghasilkan profit selepas menggunakan EA mereka. Mengapa begitu?

     Anda perlu tahu, dibelakang EA tersebut adalah seorang trader forex profesional. Mereka mempunyai pengetahun forex yang luas. Bukan dengan hanya bergantung kepada EA semata-mata. Dengan pengetahuan forex yang mereka ada, barulah mereka mampu setup dan menghasilkan profit melalui EA mereka.


     Bandingkan dengan mereka yang ZERO dalam forex, kemudian terus guna EA. Pastilah hasil yang akan diperolehi berbeza. Anda tidak boleh bergantung kepada EA semata-mata. Ilmu forex juga wajib ada jika anda nak berjaya dalam forex. Sekiranya anda bergantung kepada EA, suatu hari EA anda pasti akan melakukan kesilapan juga. Tiada EA yang begitu perfect. Bila asyik LOSS, anda mula berputus asa dengan EA anda. What’s next? Beli EA lain pula? Sampai bila? Ada beribu-ribu EA di luar sana…

     Berbanding Ilmu forex, ia akan kekal selama-lamanya di dalam diri anda dan sentiasa relevan. Semakin lama anda amalkan semakin anda mahir dalam forex. Bila ilmu forex dah mantap, berilah EA apapun anda mampu mengawalnya untuk memberikan keuntungan kepada anda. Ia telah dipraktikan oleh trader-trader seluruh dunia sejak puluhan tahun dahulu. Bahkan bank-bank dan syarikat-syarikat pelaburan di dunia juga menggunakan ilmu forex yang sama. Adakah anda fikir syarikat yang melabur berbilion ringgit menggunakan EA?

     Saya sendiri personally tidak gemar menggunakan EA. Mungkin kerana di awal pembabitan saya dalam forex 9 tahun dahulu, saya melihat sendiri puluhan ribu ringgit sahabat saya burn kerana EA. Bukanlah saya nak cakap EA tak bagus, namun pada pendapat saya ilmu forex adalah satu keperluan jika nak trade menggunakan EA.

Ingat! Forex Bukanlah Susah, Cuma Ramai Cari Jalan Mudah.

Knowledge Is Power!
Share:

0 comments:

Post a Comment