Thursday, 3 October 2019

Turning Point Saya Dalam Forex



Apa yang akan saya kongsikan mungkin anda tidak percaya! Dulu saya silent trader sahaja. Hidup aman, tiada komitmen sebagai pengajar forex. Kemudian, ada rakan yang tahu rahsia pendapatan saya mula meminta mengajar forex. Tak ajar nanti dikatakan kedekut ilmu pula. Tak lama, rakan kepada rakan saya pula nak belajar forex. Tak habis di situ, rakan kepada rakan kepada rakan saya pula nak belajar… Dan begitulah seterusnya. Yang paling best mereka siap buat group belajar forex dan add saya jadi admin dan pengajar.. aduh..

     Saya bukan tak minat group2 ni, cuma sistemnya tak tersusun. lepas tu setiap kali orang baru masuk kena ajar dari A lagi. Lepas tu, bila kita settle satu topik, orang baru masuk tanya lagi soalan sama sebab malas nak scroll dari atas. For me, its annoying, macam mana nak berjaya kalau malas membaca.. Inilah salah satu sebab saya tidak wujudkan group whatsaap atau telegram.

     Saya trade forex sebab saya nak menikmati hidup ini.. bebas dari masalah kewangan, bebas dari beban kerja, bebas nak pergi kemana saja, takde bos, takde orang nak suruh itu ini, tak perlu layan karenah pelanggan macam time meniaga dulu, saya tentukan berapa income saya setiap bulan. Macam apa yang anda bayangkan dan harapkan dalam forex. betul tak? So, group2 ni sebenarnya sedikit sebanyak menggangu kehidupan harian dan menjejaskan lifestyle saya. Pernah juga saya bergaduh dengan isteri kerana terlalu banyak masa dihabiskan dengan group WhatsApp sehinggakan terlalu sedikit masa saya berikan kepada keluarga. I found this wrong..

     So, saya ambil inisiatif untuk wujudkan laburfx.com pada 2017. Laman web belajar forex a to z dalam bentuk video course,boleh belajar kat situ, semua yang perlu dicurahkan dah pun dilimpahkan. Bagi saya cara tu lebih sistematik, nak tanya apa2 boleh tanya terus di bahagian komen di bawah video. Hanya pada 2018 saya menutup laman web tersebut dan digantikan dengan BELAJARFOREXATOZ.COM. Konsep pembelajaran ditukar kepada video tutorial di dalam USB Drive.

Saya akan beritahu anda my real turning point saya dalam forex. Tahu apa?

LEFT ALL GROUP & SIGNAL, BE SILENT TRADER, FOCUS & BELIEVE YOURSELF

Di awal pembelajaran saya dalam forex, saya memang join banyak group dan signal. Masalahnya ialah, setiap group bagi signal berbeza, ada cakap BUY ada cakap SELL. Bahkan dalam group sendiri berbeza2 pendapat. So, analisis anda sedikit sebanyak akan terganggu. Akibatnya sampai bila pun anda tidak akan pandai forex kerana anda sentiasa guna teknik ‘IKUT-IKUT’. Ini kerana keputusan anda untuk BUY atau SELL bukan atas keputusan anda sendiri. Anda dipengaruhi idea2 dari trader lain.

Jika anda tak percaya apa saya cakap, one day bila anda rasa nak putus asa, hold dulu putus asa tu. Cuba left semua group, dan beri peluang terakhir dengan jadi silent trader. Ulang kaji balik apa yang anda dah belajar, forex ni mudah je sebenarnya. Emosi dan psikologi anda yang buat ia susah.

Bunyi macam tak logik kan, mungkin anda fikir kalau ada group ni boleh bincang2, untung sama2, loss sama2. Anda lupa 95% trader gagal (fakta mana tak tahu, tapi macam betul) dan anda sedang duduk dalam group yang of course most of them gagal. hehe.. Dalam forex, anda bukan setakat perlu ‘think out of the box‘, anda perlu duduk kat luar kotak tu sekali.

Satu lagi yang mengubah diri saya kepada siapa saya sekarang ialah:

TRADE TANPA STOP LOSS

Dengar je dah seram kan.. hehe.. Tapi betul, pada saya Stop Loss la yang buat anda loss. Kenapa anda letak stop loss? Sebab anda takut rugi banyak kan. Stop loss bukan tak boleh letak, persoalannya kat mana nak letak? bukan dengan kiraan 10 @ 20 pips. Cara tu salah. Stop Loss kita letak di tempat di mana jika price sampai ke situ maksudnya trend akan berubah. Sebab tu anda perlu FOLLOW THE TREND, dah kalau anda dah follow trend, nak letak Stop Loss apa ke jadahnye?? Kena fikir dalam2 hal ni.. at least saya pernah jumpa trader yang mepunyai pendapat yang sama, cuma takde artikle dia buat sebab sembang je ngan dia.. huhu

Trade tanpa Stop Loss ni kena tengok teknik juga. Teknik utama yang saya gunakan adalah Teknik Sniper 2050. Teknik ini lebih bersifat Scalping, memang tiada stop loss. Jika guna Teknik SuRe FaST, stop loss adalah satu kewajiban.

Sekian dulu, terima kasih kerana baca sampai habis. Saya hargainya..:)
Share:

8 Sebab Saya Trade Forex Dan Ia Patut Jadi Sebab Untuk Anda Juga



1. KEBEBASAN MASA
Forex Trading dijalankan secara online dan ia boleh di akses menggunakan SmartPhone, jadi anda boleh melakukan di mana sahaja.

2. SAYA BOS SAYA KULI 🕴
Saya pernah bekerja makan gaji, biasalah bekerja dengan orang, perlu akur pada arahan bos. Forex trading adalah berbeza sama sekali. Mula2 part time, bila dah konsisten terus full time. 🙂

3. TAK PERLU UNIFORM ATAU KOD PAKAIAN TERTENTU 👮
Anda bebas nak pakai apa setiap hari. Tak perlu strika baju atau pakai uniform setiap hari. Lainlah jika anda gemar kerja beruniform.. 🙂

4. TIADA KAKI AMPU 👢
Kaki ampu bos sentiasa ada di mana-mana. Mereka yang paling sikit buat kerja, tapi paling banyak dapat pujian dan kenaikan pangkat dan gaji.

5. UNLIMITED INCOME 💰
Anda tentukan berapa Ribu anda mahu setiap bulan. Memang forex tiada pendapatan tetap, tetapi anda tetapkan berapa anda mahu.

6. HARI-HARI CUTI 🏖
Nikmati Hidup, Make Money Work For You. Forex boleh dijalankan secara Intraday. Maksudnya, trade sekali untuk beberapa hari. Jadi, anda tak perlu mengadap chart setiap hari.

7. TAK PERLU LAYAN KARENAH PELANGGAN 💁
Saya juga pernah berniaga online. Memang letih melayan karenah pelanggan. Yang nak diskaun, nak murah walaupun dah murah, yang nak cepat tapi bayar lambat. Suruh kita pos dululah sebab takut kena tipu dan macam-macam lagi… Trade Forex, settle semua masalah tu..

8. TAK PERLU PERGI KE PEJABAT 🏦
Forex boleh dilakukan dimana-mana, so, anda tidak perlu ke pejabat dan menghadap jalan jem. Boleh trade dari rumah je..

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan forex trading berbanding bekerja atau berniaga, cuma bagi saya ini merupakan alasan kukuh untuk saya stay sebagai forex trader..
Share:

IB Kaki Kencing


IB Kaki Kencing!

Begitulah antara aduan yang saya biasa dengar dari pelabur-pelabur baru. Kenapa dia kata begitu?

     Introducing Broker (IB) IB adalah orang tengah antara anda dan broker. Kerja IB cari client untuk broker tersebut, sebagai balasan IB akan diberikan ganjaran berupa komisen samada dalam bentuk lot yang ditrade oleh pelanggan atau cash money.

     Bagi saya IB adalah pemudah cara untuk anda berurusan dengan broker. Apatah lagi mereka adalah rujukan sekiranya akaun kita bermasalah atau apa jua masalah yang kita hadapi ketika trading. Mereka memudahkan kerana mereka bercakap bahasa kita. Seperti yang anda tahu, broker2 biasanya menggunakan bahasa Inggeris, termasuk Customer Support mereka. Bagi, kita yang kurang mahir berbahasa Inggeris, IB2 inilah yang jadi rujukan.

     Walaubagaimanapun, hari ini IB2 mungkin dah susah cari makan. Ini kerana kebanyakan broker sudah menyediakan support dalam bahasa kita. Urusan Deposit & Withdraw pun dah mudah dengan adanya local transfer melalui bank2 tempatan. Apalagi peranan IB yang tinggal? Cari Client dan direct support je la kot..

     So, mana datangnya kata2 IB kaki kencing ni? Dalam hal ini broker perlu hati2, anda juga perlu hati2..

     Yang pertama, anda perlu tahu yang datang tu betul IB atau Scammer. Scammer orang tengah juga, mungkin juga mereka mengaku IB kepada broker2 ternama. Biasanya mereka menjanjikan Fix profit setiap bulan, anda perlu tahu ia janji palsu dan Fix Profit adalah sesuatu yang biasa dalam apa jua jenis pelaburan Scam. Forex tidak menjanjikan Fix profit kerana adanya volatility dan untung rugi.

     Yang kedua, IB gagal memberikan support dan gagal menyampaikan maklumat tepat tentang perdagangan matawang. Apa yang saya maksudkan adalah, dalam kecenderungan dan keghairahan IB mencari client, mereka mudah memberikan harapan setinggi gunung, bulan dan bintang. Yang penting duit masuk. Harapan2 tersebut seperti perdagangan forex ini seperti tiada ruginya. IB2 perlu ada tanggungjawab dalam merealisasikan impian pelanggan. Memberikan support terbaik serta mampu menjadi pemudah cara kepada pelanggan.

     IB2 seboleh2nya perlu juga berdagang dalam forex atau mempunyai ilmu forex yang cukup agar tidak blur tentang pergerakan pasaran. Ketidakmampuan IB dalam perkara ini menjadikan mereka bergantung kepada EA (robot) untuk menarik pelanggan. Hakikatnya, EA memberikan hasil berbeza kepada setiap orang. Risiko untuk loss adalah lebih tinggi kepada mereka yang tiada ilmu forex sebenar.

     Selain EA, IB2 menarik client atas nama CopyTrading . Pada dasarnya, saya berpendapat ini adalah option lebih baik kepada client baru berbanding menggunakan EA. Namun pemilihan broker dan strategy provider (SP) perlu dititik beratkan dan diambil kira. Perkara2 ini bagi menjamin ketelusan dan kemampuan SP tersebut dalam menterjemah pelaburan mereka kepada keuntungan.

     Jadi, adakah IB2 ini menipu? Yang menipu itu adalah IB jenis yang pertama iaitu scammer. IB jenis yang kedua adalah IB yang kurang ilmu dan money oriented.

     Kekecewaan pelabur terhadap IB dan kerugian yang mereka alami memyebabkan mereka mudah mengecam apa juga berkaitan forex bagi menyedapkan hati. Oleh sebab itu, hari ini ramai yang mengatakan forex adalah scam…

     Oleh itu, saya nasihatkan kepada pelabur dan IB pastikan anda mempunyai ilmu forex yang sebenar demi masa depan dan wang yang anda akan laburkan..
Share:

Forex News : Nak Trade Ke Tak?


     Saya secara jujurnya tidak trade news. Pada pendapat saya trade news ni macam berjudi juga. Anda trade berdasarkan agak2 sahaja. Walaupun anda tahu fundamental, belum tentu anda mampu trade dengan tepat.

     Hanya selepas news keluar, price bergerak untuk BULLISH atau BEARISH bergantung kepada news tu positif atau negatif. Adakalanya News Positif pun pergerakan negatif juga. Contoh anda trade EURUSD, news USD positif, sepatutnya pastilah EURUSD menjunam tapi adakalanya ia berlaku sebaliknya.

     News ni pada pendapat saya sesuatu yang agak gila juga, nak ambil tahu hal ekonomi dan geopolitik dunia. Ambil tahu hal negara kita sudah. Lebih mudah anda belajar teknikal sahaja, tak yah nak belajar fundamental sangat. cukup sekadar alert dengan news tersebut.

     Dalam teknik saya, saya tidak trade news, tapi kita tunggu news bagi tau kita ke mana trend akan pergi selepas itu berdasarkan news tersebut.

     Jangan menangis sebab anda jangkakan BUY, kemudian news keluar memang bullish pun dan bergerak 100-500pips dalam beberapa minit. Jangan rasa rugilah, tu tandanya anda TAMAK sedangkan anda tidak begitu pasti dengan impak news tersebut. Silap2 entry anda tersebut menyebabkan anda MC terus. Tu baru RUGI.

     Anggap diri anda Skeet Shooter, penembak tepat yang sedang menembak skit. Anda tunggu skit tu keluar dan terbang ke udara baru lah anda tembak. Lihat skit tu ke kanan, ke kiri atau ke atas, buat analis dan tembak dengan tepat. Bukan anda dah ready nak tembak kekanan sedangkan pring tu belum tentu nak ke kanan..

OK?

Be Sniper…
Share:

Rahsia Sukses Forex : Trade & Trust


     Saya tahu ramai yang dah belajar macam2 pasal forex. Tapi, trade masih ke laut. Buat itu, buat ini serba tak kena. Duit investment makin banyak Loss, untungnya tak kunjung tiba..

     Tujuh ke lapan tahun dahulu, saya tercari2 apakah turning point yang menjadikan saya seperti sekarang… Tercari2 apakah perbezaan saya sekarang dan dulu. Saya jumpa satu, iaitu..

TRADE & TRUST

Apakah maksudnya?

Anda perlu percaya pada sistem atau teknik yang anda pelajari..

Teknik jarang tak betul, tapi emosi dan psikologi anda yang selalu tak betul.. Anda mengharapkan lepas entry, price terus mencari TP, tiba2 perkara sebaliknya berlaku dan anda terus panik.. waktu nilah anda akan buat dua perkara popular ni..

1. Re-Entry position yang sama dan mengharapkan double triple profit. Tiba2 anda dah overtrade dan kena stop loss. Risiko asal 5% ke 10% SL dan jadi MC.

2. Ubah Stop Loss, yang ni selalu orang buat. Kenapa nak ubah SL? Ini kerana anda tidak percaya kepada sistem atau teknik anda. Jika teknik anda pelajari tu ada SL, hadam je la..

Maksudnya anda perlu bersedia untuk LOSS.

Untuk mengelakan perkara ni, saya amalkan dua benda iaitu TRADE & TRUST. Lepas anda trade, trust sistem anda. Jangan kacau dah positions tu. Nak bagus lagi, lepas trade terus tutup MT4. Kalau anda tengok, bila floating negative mulalah menggelabah dan buat kesilapan2 seperti Re-entry dan ubah stop loss.

Saya harap, anda boleh praktis dan percaya kepada sistem yang anda pelajari. Terus Istiqomah dan yakin forex bukan scam, tapi betul2 mesin duit.. Cuma anda mungkin belum jumpa rentaknya..

Experience Is The Best Teacher, And Experience Takes Time..

Semoga kejayaan dekat dengan anda.. 🙂
Share:

Forex Tu Macam Selesaikan Rubik Cube..



     Maaf, kalau perumpamaan saya buat anda rasa Forex tu susah. Hehe.. Dulu-dulu saya fikir orang yang boleh selesaikan rubik cube ni mesti genius, terer matematik, otak ada cip khas.. huhu..

     Sebenarnya, selesaikan rubik cube ni teknik je. Ada Siling, ada lantai macam forex jugak, ada support, ada resistance. End of day, anda tahu anda akan sampai ke matlamat anda untuk selesaikan rubik tu.

     Macam tu juga forex, pertama sekali anda perlu tahu arah market untuk long term, kemana dia nak pergi, kemudian buat kira2 untuk money management (MM), MM ni untuk kawal risiko untuk elak akaun anda Margin Call (MC). Kemudian, trade untuk short term atau long term.

     Macam mana dengan News? Haa.. News ni macam anda tengah selesaikan rubik tu pastu bini panggil makan nasi, kemudian anda cakap “kejap”, kalau bini cakap OK maksudnya good news, kalau tak ok, kena berenti jap untuk retracement, huhu..

     Bila anda dah dapat selesaikan rubik cube tu, untuk next try dah sangat mudah. Begitu juga forex, once anda dah faham rentak dia, next trade lebih mudah dan mampu mencapai hasil yang di harapkan.

     Susah ke selesaikan rubik cube? Yup.. kalau tanpa ilmu memang susah, cukup ke hanya dengan ilmu? Tak cukup, anda perlu praktikan ilmu tu setiap hari, sehingga anda mahir. Begitu juga forex, yang takde ilmu,cari ilmu, yang ada ilmu, praktikan sampai mahir…

Inn Syaa Allah, kejayaan milik anda 🙂
Share:

Halal Haram Forex


     Hampir 10 tahun saya dalam forex, pernah lebih kurang setahun saya berhenti trade kerana isu ini. Saya berhenti trade bagi mengkaji dan membuat penilaian samada perlu diteruskan atau tidak dalam forex. Saya dibesarkan didalam keluarga yang mementingkan pendidikan agama. Pada awal pembabitan saya didalam forex dahulu, saya ada kongsikan dengan adik beradik saya tentang hasrat saya untuk berkecimpung dalam forex. Ketika itu saya hanya cuba-cuba dan trade menggunakan akaun demo. Di luar jangkaan, ia menjadi perdebatan hebat terutama tentang halal-haram dan manipulasi oleh broker.

     Seorang abang saya berpendapat forex adalah scam di mana broker memanipulasi pergerakan harga bagi memastikan kita kerugian. Seorang lagi berpendapat ia adalah haram berdasarkan pembacaan yang ditemui ketika itu. Seorang dari mereka mengakui pernah terlibat dalam forex dan mengalami kerugian. Apa yang pasti, beliau bukanlah trader, tetapi investor di mana beliau memberikan sejumlah wang kepada ‘seseorang’ dengan dijanjikan keuntungan setiap bulan. Ketika itu pengetahuan saya tentang forex adalah minima, saya tidak terfikir yang abang saya sebenarnya telah di scam.

     Hasil dari perdebatan itu, saya tidak meneruskan hasrat saya untuk terlibat dalam forex. Jujurnya saya agak kecewa. Langkah seterusnya adalah saya buat apa yang ramai trader buat sekarang iaitu mencari jalan untuk menghalalkan forex. Mulalah pencarian, penelaahan, dan peng’google’lan untuk mencari ahli-ahli agama yang berada di pihak mereka iaitu yang menghalalkan forex.

    Hasilnya, memang ada. Rujukan utama ketika itu adalah Ustaz Z dan Ustaz D selain majlis-majlis fatwa negeri, dan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Kedua-dua mereka tidak mengatakan forex adalah haram, tetapi harus. Selepas majlis fatwa mengeluarkan fatwa forex adalah haram pada 2012 barulah Ustaz Z mengubah hukum forex kepada Haram. Hari ni, forex-forex trader ramai bergantung kepada pendapat ustaz D untuk menentang mereka-mereka yang mengatakan forex haram. Ironinya, tiba-tiba pendapat Ustaz Z ditentang habis-habisan.

     Pada pendapat saya, sebagai rakyat Malaysia beragama Islam, kita perlu akur keputusan majlis fatwa kebangsaan iaitu forex adalah haram. Tidak perlu lagi dipersoal tentang itu kerana majlis fatwa bukan membuat keputusan sesuka hati atau ikut kepala. Ia telah dikaji oleh pakar2 dari pelbagai bidang termasuk ustaz Z sendiri.

     Walaubagaimanapun, jelas di sini terdapat perbezaan pendapat di kalangan agamawan dan ilmuan di dalam mahupun di luar negara tentang hukum forex. Ini memberi maksud jelas bahawa forex adalah perkara yang samar-samar hukumnya.

     Ada perkara-perkara yang haram itu jelas haramnya, dan yang halal itu jelas halalnya. Diantara halal dan haram ada perkara-perkara yang samar-samar. Perkara yang samar-samar ini lebih elok di jauhkan demi menjaga agama dan iman. Jadi..

“Tepuk Dada, Tanya Iman”

     Jika kita ingin meneruskan trading dalam forex, seeloknya kita diam-diam sahaja. Tidak perlu dihebohkan atau berbangga dengan apa yang kita buat. Saya sendiri, selain isteri dan rakan-rakan pe’morex’kan, dan beberapa kenalan, tidak ada seorangpun ahli keluarga saya tahu saya menjana pendapatan melalui forex. Sebagai back-up, saya menjalankan perniaagaan online bagi menutup kecurigaan orang sekeliling tentang sumber pendapatan saya.

     Atas keyakinan saya dengan rezeki yang saya dapat melalui forex, saya juga gunakan untuk tujuan-tujuan amal. Cuba anda bayangkan, sekiranya orang tahu sumber pendapatan anda adalah forex, dan anda dermakan sejumlah wang di masjid atau badan-badan kebajikan tertentu, saya yakin derma anda akan diketepikan.

Saya berpegang kepada pendapat..

Didalam rezeki kita, ada bahagian orang lain
Ada perkara yang haram untuk kita, tetapi halal untuk orang lain

Andaipun, rezeki kita haram, ia haram untuk kita. Tetapi jika kita dermakan, ia halal untuk mereka yang menerima asalkan mereka tidak tahu ia dari sumber yang haram. Dosa.. yes! Saya berdosa, tapi saya bahagia bila buat orang lain gembira.. Semoga Allah mengampuni saya..

     Maka itu, saya lebih gemar menjadi Silent Trader sahaja dan tidak dikenali oleh sesiapa. Sebab itu juga, tiada wajah mahupun harta saya di tayangkan di facebook, website mahupun di mana sahaja. Bahkan no telefon saya juga tidak didedahkan.

     Akhir kata, saranan saya kepada mereka-mereka yang nak trade forex, diam-diam dan jadilah Silent Trader sahaja. Keluarga tidak perlu tahu kerana mereka mungkin akan menentang apa yang anda lakukan anda. Kalaupun anda mahu mereka tahu, buktikan dahulu dengan kejayaan anda. Semoga kita sentiasa dibimbing kearah jalan yang benar.
Share:

Apa Itu EA Forex?


Tahukah anda apa itu EA?

     EA atau Expert Advisor atau lebih dikenali sebagai robot adalah sistem trading forex secara automatik. Ia bermaksud anda hanya perlu Install di MT4 dan setup EA tersebut. EA akan membuat analisis teknikal dan membuat trading BUY atau SELL secara automatik. Dalam erti kata lain anda hanya pasang dan goyang kaki.

     Hari ini, ramai yang trade forex terus menggunakan EA. Dalam hal ini, Introducing Broker (IB) banyak memainkan peranan bagi menarik trader-trader baru berkecimpung dalam dunia forex. IB adalah ejen kepada sesuatu broker. Tugas mereka adalah membawa seramai mungkin trader-trader baru untuk membuka akaun dengan broker yang mereka wakili. Untuk tujuan itu, mereka menawarkan EA secara PERCUMA. Mereka juga menunjukkan hasil dan profit yang dihasilkan oleh EA tersebut.

     Selain IB, ada juga trader-trader yang sudah lama dalam forex yang mencipta EA mereka sendiri. EA boleh diprogram mengikut kehendak trader tersebut. Biasanya EA melibatkan Indicator.

     Malangnya, Lebih ramai yang LOSS atau MC berbanding yang berjaya menghasilkan profit selepas menggunakan EA mereka. Mengapa begitu?

     Anda perlu tahu, dibelakang EA tersebut adalah seorang trader forex profesional. Mereka mempunyai pengetahun forex yang luas. Bukan dengan hanya bergantung kepada EA semata-mata. Dengan pengetahuan forex yang mereka ada, barulah mereka mampu setup dan menghasilkan profit melalui EA mereka.


     Bandingkan dengan mereka yang ZERO dalam forex, kemudian terus guna EA. Pastilah hasil yang akan diperolehi berbeza. Anda tidak boleh bergantung kepada EA semata-mata. Ilmu forex juga wajib ada jika anda nak berjaya dalam forex. Sekiranya anda bergantung kepada EA, suatu hari EA anda pasti akan melakukan kesilapan juga. Tiada EA yang begitu perfect. Bila asyik LOSS, anda mula berputus asa dengan EA anda. What’s next? Beli EA lain pula? Sampai bila? Ada beribu-ribu EA di luar sana…

     Berbanding Ilmu forex, ia akan kekal selama-lamanya di dalam diri anda dan sentiasa relevan. Semakin lama anda amalkan semakin anda mahir dalam forex. Bila ilmu forex dah mantap, berilah EA apapun anda mampu mengawalnya untuk memberikan keuntungan kepada anda. Ia telah dipraktikan oleh trader-trader seluruh dunia sejak puluhan tahun dahulu. Bahkan bank-bank dan syarikat-syarikat pelaburan di dunia juga menggunakan ilmu forex yang sama. Adakah anda fikir syarikat yang melabur berbilion ringgit menggunakan EA?

     Saya sendiri personally tidak gemar menggunakan EA. Mungkin kerana di awal pembabitan saya dalam forex 9 tahun dahulu, saya melihat sendiri puluhan ribu ringgit sahabat saya burn kerana EA. Bukanlah saya nak cakap EA tak bagus, namun pada pendapat saya ilmu forex adalah satu keperluan jika nak trade menggunakan EA.

Ingat! Forex Bukanlah Susah, Cuma Ramai Cari Jalan Mudah.

Knowledge Is Power!
Share:

Forex Adalah Judi?


     Forex sangat dekat dengan unsur perjudian. Ia berlaku apabila seorang trader melakukan trading dengan meletakan harapan atau nasib sebagai sandaran. Dalam erti kata lain trader tersebut mempertaruhkan wangnya dan mengharapkan keuntungan tanpa sebarang analisis yang jelas dan konkrit.

     Ramai yang datang kepada saya dan meminta saya mengajar mereka ‘bermain’ forex. Perkataan main tu sahaja sudah cukup mematikan semangat saya untuk mengajar orang trade forex. ‘Main Forex’ dan ‘Trading Forex’ adalah dua perbuatan yang berbeza. Namun itulah yang perlu saya betulkan. Bila awal-awal lagi sudah set dalam fikiran forex adalah sejenis permainan, ia tidak selari dengan maksud forex yang sebenar dan boleh menjurus kepada perjudian.

    Ingat, forex adalah sejenis pelaburan melalui perdagangan atau pertukaran mata wang. Bukan Game Casino Online. Hari ni ramai yang mempertaruhkan duit mereka dalam forex. Setiap entry sepatutnya bukan pertaruhan, tetapi pelaburan. Selagi mereka bertaruh, selagi itu mereka berjudi.

     Forex perlukan analisis yang jitu dan jelas. Setiap entry mesti ada alasan kukuh kenapa anda entry. Alasan bukan sekadar anda lihat harga sedang naik, anda pun entry buy. Itu masih belum cukup. Walaupun ia boleh dikira sebagai analisis, namun ia masih bergatung kepada nasib. Anda perlu tahu dimana nak ambil profit dan bagaimana nak kurangkan kerugian jika harga menentang anda. Bukan, lihat profit atau loss sahaja terus close. Dalam erti kata lain, ia tidak mempunyai trading plan yang baik. Sebab itu saya tekankan, kepada sesiapa yang nak belajar forex carilah ilmu forex yang sebenar. Silap guru harulah jadinya.

     Sejujurnya, saya bimbang jika lagi ramai saya ajar, lagi ramai ‘Penjudi’ yang saya bawa, tak pasal2 je dapat multi-level dosa free. Sebab itu juga, saya sangat tekankan tentang perbezaan trading dan gambling dan ia bermula dari istilah ‘main’ atau ‘trade’. Dan kerana itu juga saya lebih gemar menjadi Silent Trader sahaja tanpa mengajar sesiapa tentang forex selama bertahun-tahun. Hanya selepas scammer2 forex tumbuh bagai cendawan selepas hujan barulah saya mengambil inisiatif untuk memberi pengenalan dan pencerahan apa forex sebenarnya.

     Saya berharap, anda bukanlah salah seorang yang masih tesesat dengan perjudian forex. Periksa balik cara trading anda, apakah entry anda masih bergantung kepada nasib? Jika ya, ubahlah, belajarlah semula. Kita mencari rezeki halal dalam arena yang samar-samar hukumnya, cubalah kearah yang halal sebaik mungkin.
Share:

Bagaimana Nak Mahir Dalam Forex?


     Sepanjang saya dalam Forex Trading, saya dapati ramai trader terutama yang baru adalah ‘Butterfly Trader’. Ia merujuk kepada trader yang gemar bertukar-tukar teknik forex demi mencari teknik ‘Holy Grail’ iaitu teknik 100% tepat, 100% tak rugi.

     Setakat ini, saya belum pernah jumpa teknik seperti itu. Mereka yang takut rugi sangat sukar untuk bertahan lama dalam forex. Jika mahu berjaya dalam forex, anda mestilah menghadapi ketakutan anda iaitu takut rugi. anda perlu terima hakikat ada masanya anda akan loss juga.

Adakah kehidupan anda gembira sepanjang masa? Sekali sekala anda bersedih juga kan?

     Sebenarnya, untuk mahir dalam forex anda perlu fokus pada satu teknik dan buat sampai jadi. Bayangkan seorang tukang besi yang mahir, dia melakukan perkara yang sama setiap hari dan fokus menghasilkan hasil pertukangan yang bermutu serta berkualiti setiap masa. Dia juga belajar dan perbaiki kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Dari situ akan muncul kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam pertukangan besi.

     Begitu juga forex, anda hanya perlu belajar dan mahirkan teknik yang anda pelajari sehingga anda faham dan nampak dengan jelas apa yang anda cari di chart. Selepas beberapa bulan, melakukan perkara yang sama dan memperbaiki kesilapan, adakah anda masih lagi seorang ditempat sama? Paling tidak anda sudahpun merasa kemanisan withdraw profit dalam trading anda.

     Sekiranya anda berhenti separuh jalan dan belajar teknik lain pula, anda akan kembali dari zero semula. Sampai bila? Kemahiran perlukan pengalaman dan masa. Ia bukan boleh dapat dalam satu malam. Oleh itu, teruslah percaya dan istiqomah atas apa yang anda pelajari. Tidak faham, bertanyalah. Pastikan juga anda belajar forex dari seorang yang terbukti menjana pendapatan melalui forex.

“Tidak ada teknik yang 100% profitable dalam forex, yang ada adalah trader yang mampu membuat profit lebih dari 100% sebulan”
Share:

Awas Skim Pelaburan Forex!


Rakan Saya Buat 50% Setiap Bulan Tanpa Perlu Susah2 Trade Forex!

     Benar anda, tanpa belajar forex pun dia boleh buat 50% sebulan. Anda nak buat macam dia? Sila join skim cepat kaya forex. Mula2 kaya, memang cepat! Tapi, tempoh kaya pun cepat sebelum ‘kayap’ bertahun-tahun.

     Saya telah menasihatinya banyak kali mengenai skim tersebut, tapi tawaran 50% sebulan mengalahkan nasihat tulus ikhlas suci murni saya. Dia juga memperlekeh ilmu forex yang saya ajarkan secara PERCUMA kepadanya. Katanya cara saya lambat. Cara dia tak perlu belajar, hanya beri duit untuk dilaburkan, goyang kaki dan tunggu duit setiap bulan. Apa yang berlaku seterusnya ialah memang benar dia dapat 50% sebulan untuk bulan pertama, begitu juga beberapa bulan berikutnya.

     Tapi manusia memang tidak akan puas, dengan keyakinan yang tinggi rakan saya buat loan RM30K untuk melabur di dalam skim tersebut. Bahkan dia berjaya membawa beberapa orang mengikut jejaknya. Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bulan-bulan berikutnya menyaksikan bayaran 50% kepadanya ditangguhkan dengan pelbagai alasan dari syarikat tersebut. Hakikatnya, mereka hanya memancing pelabur dengan bayaran cantik untuk pelaburan yang kecil. Mereka tahu yang pelabur akan menambah pelaburan dengan jumlah yang lebih besar.

     Mereka juga tidak melakukan pelaburan forex. Mereka hanya menggunakan forex sebagai ‘modal’ untuk menarik pelabur kerana ia adalah logik jika forex mampu menghasilkan 50% sebulan. Duit-duit pelabur di rolling untuk membayar 50% profit kepada pelabur sendiri.

Beberapa bulan kemudian syarikat tersebut diserbu PDRM dan diarah tutup kerana menjalankan skim ponzi. Serbuan tersebut juga mendapat liputan media serta terpapar di akhbar.

     Jujurnya saya agak terkilan kerana ramai yang terkena dengan skim2 seperti itu. Apatah lagi yang terkena itu rakan sendiri yang sehingga kini masih membayar hutang kerana pelaburan tersebut. Asalnya nak melabur, akhirnya ‘lebur’.

     Atas sebab itu juga, saya mengambil inisiatif untuk mengajar forex secara lebih umum merangkumi seluruh Malaysia. Tidak lagi untuk rakan-rakan mahupun orang-orang tertentu sahaja. Saya sangat berharap dapat menyampaikan ilmu ini kepada seramai mungkin agar lebih celik dalam menilai apakah forex sebenarnya. Jangan lagi terkena dengan skim-skim pelaburan forex.

“Tidak akan akan rugi orang yang invest untuk ilmu, yang rugi adalah orang yang invest tanpa ilmu.”
Share: